Jika Vladimir Putin selaku Presiden Rusia bangga menggunakan bahasa Rusia ke mana sahaja beliau pergi, di majlis mana pun beliau berada, kenapa kita bangsa Melayu terhegeh-hegeh nak tunjuk fasih berbahasa Inggeris? Kala ini bahasa Inggeris menjadi bangsa dunia, Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa dunia suatu masa dulu. Sila ambil tahu.
Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tapi kalau kau sebut nama negara sendiri pun jadi ‘meleshiya’ tu memang sangat tidak boleh diterima. Terpaling slang lah kau.
Fasih berbahasa Inggeris tidak menjamin otak kau lebih cerdik dan punya kelebihan IQ lebih tinggi berbanding orang lain. Noktah.